TATACARA, SYARAT DAN PERATURAN-PERATURAN KHAS SEMASA MENGHADIRI MAJLIS ADAT DI BALAI BICARA SIDANG PENASIHAT:
(1) Tidak dibenarkan sama sekali kepada mana-mana individu yang menghadiri Balai Bicara Sidang Penasihat mengenakan sebarang Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat selain daripada yang dianugerahkan oleh Seri Karaengan dan pemakaian hendaklah mematuhi Tatacara & Protokol yang digariskan oleh Seri Karaengan serta dilarang membawa dan memakai sebarang senjata atau seumpamanya selain dari keris kecil adat-beradat yang sentiasa diikat bersilang-silang pada pangkal hulunya dengan kain berwarna kuning sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Adat.
(2) Untuk calon-calon (Lelaki) yang bakal Penerima Anugerah hendaklah memakai baju resmi adat iaitu Baju Melayu berwarna Hitam dan memakai kain samping Songkit berjahitan Benang Emas juga bewarna Hitam dan bagi calon-calon (Perempuan) hendaklah memakai Baju Kurung bewarna Hitam dan bertudung bewarna Putih atau berselendang bewarna Putih. Manakala, Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil/Biro adalah dikhaskan mengikut kaedah dan cara-cara berpakaian mereka sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis Adat.
(3) Seseorang Individu (Lelaki) yang dijemput menghadiri Balai Bicara Sidang Penasihat hanya dibenarkan memakai satu (1) Pingat sahaja, iaitu Pingat yang paling tinggi yang pernah diterimanya dan hendaklah disematkan pada bahagian dada kanan, baju rasmi adat dan hanya dibenarkan memakai satu (1) Bintang keutamaan sahaja dan hendaklah disematkan di bahagian atas Pingat berkenaan. Manakala, pengikat rantai kompas (penujuk arah kiblat) atau jam (poket) yang berwarna keemasan hendaklah sentiasa bersangkut pada kocek baju rasmi adat di bahagian kiri dan jurainya anak bintang berbucu lapan sentiasa terlepas dari butang utama. Tidak dibenarkan sama sekali memakai sebarang selempang termasuk selimpang yang pernah dikurniakan kepadanya, sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis Adat.
(4) Seseorang individu (Perempuan) yang dijemput menghadiri Balai Bicara Sidang Penasihat, hendaklah memakai pakaian iaitu Baju Kurung bewarna Hitam dan dilarang sama sekali, memakai sebarang Pingat melainkan, mereka yang dianugerahkan selempang kurniaan dan dibenarkan hanya memakai satu (1) Bintang keutamaan sahaja yang disematkan pada bahagian bawah ikatan pangkal selempang berkenaan. Selempang kurniaan hendaklah sentiasa berada atas bahu kanan dan menghala ke bawah pinggang kiri sepertimana yang ditetapkan oleh Majlis Adat
(5) Mana-mana tetamu jemputan umum yang menghadiri hendaklah memakai baju Melayu dan bersongkok juga bersamping bagi Lelaki dan berpakaian baju kurung dan bertudung atau berselendang bagi Perempuan sepertimana ditetapkan oleh Majlis Adat.
(6) Mana-mana tafsiran selain, daripada yang disebutkan dalam Tatacara, Syarat dan Peraturan-peraturan Khas di atas adalah tertakluk di bawah keputusan Majlis Adat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan