BIRO KEAGUNGAN SENUSANTARA
Pertubuhan Kekeluargaan Bugis, Selangor (MALAYSIA) dan Nombor pedaftarannya ialah PPM-010-10-22032012 adalah berkuasa menubuh, menggantung dan membubarkan Biro ini, setelah terlebih dahulu berunding dan merujuk kepada Jawatankuasanya.
TAKRIF:
(1) "Keluhuran" ialah bermaksud Kemulian, Kehormatan dan Keagungan.
(2) "Nusantara" ialah bermaksud Kepuluan Melayu.
TUJUAN:
(1) Untuk menyatukanpadukan Raja, Sultan, Pemangku Adat, Pewaris Kerajaan, Pewaris Kesultanan, Pewaris Kebangsawanan, kekerabatan dan kekeluargaan di seluruh nusantara.
(2) Untuk menjalin persahabatan melalui silaturrahim berkaitan adat dan budaya keluhuran nusantara.
(3) Untuk mengembangkan warisan, budaya dan kesenian masyarakat nusantara secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek Agama Islam dan Adat Istiadat keluhuran nusantara.
PENYERTAAN:
(1) Dibuka kepada semua sepertimana yang disebutkan perkara nombor 1, 2 dan 3 dalam TUJUAN ini.
(2) Penyertaan adalah dengan cara mengisi dan melengkapkan Borang Penyertaan yang disediakan oleh Biro ini.
(3) Peserta yang diterima, mestilah bersetuju berpegang kepada Tatacara, Syarat dan Peraturan-Peraturan yang ditetapkan oleh Biro ini dan hendaklah mengambil bahagian dengan cergas dan aktif bagi menjayakan tujuan Biro ini.
SIDANG PENASIHAT:
(1) Sidang Penasihat adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi pertubuhan ini, sepertimana mengikut Perlembagaan Pertubuhan (Undang-Undang Tubuh Persatuan) yang termaktub.
(2) Sidang Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
(3) Sidang Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan peserta-peserta semasa aktiviti dijalankan.
JAWATANKUASA SIDANG PENASIHAT:
Adalah terdiri daripada 7 orang seperti berikut:-
(1) Yang Dipertua (Ketua Sidang Penasihat Balai Bicara)
(2) Naib Yang Dipertua (Penasihat Agama Islam)
(3) Setiausaha (Penasihat Hukum, Undang-Undang Tubuh dan berkaitannya)
(4) Bendahari (Penasihat Kewangan dan semua hal kewangan)
(5) 3 orang Ahli Jawatankuasa (Pembantu Pengelolaan Biro)
BALAI BICARA SIDANG PENASIHAT:
Balai Bicara Sidang Penasihat adalah suatu tempat yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat, acara dan upucara yang berkaitan warisan pusaka, kebudayaan dan kesenian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan